728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 30 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-0191

Harga emas membuka dengan lebih $7.50/oz ‘gap-up’, sebelum harga jatuh semula untuk menutup gap dan kini berada pada sekitar $1,176.95/oz ketika artikel ini ditulis; selepas logam kuning ini masih berdagang dalam suasana ‘ranging’ ekoran pasaran yang menanti hasil dari krisis Grexit. Greece telah ditawarkan perjanjian €15 billion minggu lepas yang akan membolehkannya bernafas sehingga November. Bagaimanapun, tawaran itu dengan cepat ditolak oleh Perdana Menteri Tsipras, yang mengkategorikan ianya sebagai “ugutan”.

Awal minggu lalu Canselor Jerman Merkel menyatakan bahawa dia tidak akan membenarkan Greece untuk memeras ugut Jerman. Beliau seterusnya memberi amaran bahawa jika perjanjian tidak dicapai sebelum pasaran dibuka pada hari Isnin, kawalan modal akan dilaksanakan di Greece dan bangkrap akan menjadi semakin berkemungkinan. Isnin semalam, ini telah pun dilaksanakan.

Di Asia pula, pasaran saham China merudum pada hari Jumaat, menjatuhkan 7.4% daripada nilai pasaran. Ia adalah penurunan sehari yang terbesar dalam masa 7 tahun; sekaligus meletakkan indeks komposit Shanghai turun 19% dari puncak pada pertengahan Jun lalu. Perubahan dari amukan pasaran lembu jantan, kepada puncak pasaran beruang, telah mengambil masa hanya kira-kira 2 minggu sahaja; sekaligus menaikkan nilai emas.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register