Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 30 Mac 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 30 Mac 2016

Harga emas susut lebih $6.90/oz pada sesi Asia dan pagi Eropah Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,215.40/oz, kembali memacu naik lebih $27.10/oz untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $1,242.10/oz; setelah komen Pengerusi Feds Janet Yellen yang mengatakan bahawa dengan keadaan ekonomi global yang berisiko, Feds akan berhati-hati dalam menaikkan kadar AS seterusnya.

Emas adalah sangat sensitif kepada dasar monetari AS, kerana kenaikan kadar akan mengangkat kos memegang emas yang tidak berkadar, sambil meningkatkan nilai Dollar. Harga logam berharga emas merosot 3% minggu lepas selepas komen agresif daripada beberapa Presiden Feds cawangan. Ia adalah tentang ucapan Yellen pagi tadi,” menurut Naeem Aslam, ketua penganalisis pasaran di Ava Trade.

“Mesej yang diterima minggu lepas daripada pelbagai Presiden Feds adalah berbeza dan bahawa Feds tidak perlu teragak-agak untuk menaikkan kadar sekali lagi, dan ini boleh berlaku seawal bulan depan.” komen Naeem Aslam lagi.  Data seterusnya yang ditunggu adalah laporan pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) pada Jumaat ini.

Pasaran menjangkakan angka yang lebih lemah dari sebelumnya, dengan pertambahan 206 ribu pekerjaan berbanding 242 ribu pekerjaan pada bulan lepas.  Kadar pengangguran dijangka stabil pada 4.9% dan pertumbuhan upah dijangka pada 0.2% berbanding penguncupan 0.1% pada sebelumnya. NFP yang kukuh, mampu menolak emas ke paras sokongan seterusnya, sekitar $1,180/oz.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register