banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 30 Mei 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 30 Mei 2016

Harga emas terus merudum untuk hari kelapan berturut-turut Jumaat lalu, jatuh lebih $15.70/oz untuk ke paras terendah harian sekitar $1,206.73/oz, sebelum mendapat bidaan untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $1,212.05/oz; setelah permintaan untuk Dollar terus bertambah dengan sentimen kenaikan kadar AS seawal Jun depan terus memuncak apabila laporan pertumbuhan ekonomi AS untuk suku pertama 2016 dilaporkan memberansangkan.

Emas yang disebut harga dalam Dollar AS dan tidak membayar sebarang pulangan tetap seperti bon, kehilangan permintaan apabila aset berkadar menawarkan pulangan yang lebih tinggi.  Julat kadar AS yang kini berada pada 0.25% hingga 0.5%, dijangka akan dinaikkan kepada 0.5% hingga 0.75% pada mesyuarat FOMC Jun depan sekiranya laporan ekonomi AS terus menyokong tindakan tersebut.

Federal Reserve AS cawangan Atlanta menjangka ekonomi AS akan tumbuh pada kadar tahunan 2.9% untuk suku kedua 2016 berdasarkan model ‘GDP Now’ selepas laporan tempahan barangan tahan lama yang begitu memberansangkan pada hari Khamis.  Angka tempahan bulan April meningkat harmpir dua kali ganda, dari 1.9% kepada 3.4%, berbanding penurunan kepada 0.3% yang dijangkakan pasaran.

telegram-moshed

Dalam pada itu, di pasaran global import emas dari pengguna terbesar dunia, China dilaporkan menurun sebanyak 4.2% pada bulan April lalu daripada paras tertinggi dalam tiga bulan yang dicapai pada bulan Mac.  Pasaran dijangka berada dalam dagangan tipis dengan pasaran AS dan UK yang bercuti hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register