Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 31 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-020

Harga emas terus susut lebih $12.60/oz Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,059.30/oz sebelum menutup sekitar paras $1,061.25/oz; setelah logam berharga tersebut dilihat mencari untuk menutup tahun 2015 dengan kejatuhan. Penganalisis menisbahkan kejatuhan harga kepada trend yang lemah di luar negara selepas Federal Reserve AS mengumumkan kenaikan kadar, sekaligus meningkatkan nilai Dollar dan mengurangkan permintaan untuk logam berharga.

Emas terus merudum Rabu semalam, selepas mudah tunai yang nipis dan Dollar yang lebih kukuh menghadkan pergerakan harga, walaupun logam berharga emas nampaknya berada di landasan untuk menutup tahun 2015 dengan lebih rendah untuk kali ketiga berturut-turut.  Emas telah kehilangan hampir 10% daripada nilai pada tahun ini, sebahagian besarnya akibat kebimbangan kenaikan kadar AS lebih tinggi yang menjejaskan permintaan untuk aset tidak berkadar seperti emas.

telegram-moshed

telegram-moshed

Jumlah dagangan dan data ekonomi yang terhad dalam minggu yang pendek, akan melengangkan pasaran, walaupun emas boleh mengambil isyarat daripada pasaran minyak dan mata wang, menurut para trader. Emas mempunyai korelasi positif bersama minyak, apabila logam berharga sering dilihat sebagai pelindung nilai terhadap inflasi ekonomi yang berteraskan minyak, manakala Dollar AS yang lebih kukuh menjadikan emas lebih mahal bagi pemegang mata wang lain.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register