Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 31 Mac 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 31 Mac 2016

Harga emas sust semula lebih $20.55/oz Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,223.35/oz sebelum menutup sekitar paras $1,223.95/oz; setelah gagal untuk memacu seterusnya, sekaligus menunjukkan bahawa kenaikan hari sebelumnya mungkin didorong oleh ‘short-covering’ dan bukannya belian baru, dalam reaksi kepada penilaian ‘dovish’ Pengerusi Feds Janet Yellen tentang masa depan ekonomi dan kenaikan kadar AS.

Hari ini trader mendapat peluang untuk bertindak balas terhadap data pekerjaan sektor swasta AS yang terkini daripada ADP.  Malam tadi ADP melaporkan bahawa sektor swasta menambah 200 ribu pekerjaan berbanding 195 ribu yang dijangkakan.  Namun angka sebelumnya disemak semula lebih rendah dari 214 ribu kepada 205 ribu pekerjaan.

telegram-moshed

Pada permulaan sesi semalam, kontrak niaga hadapan Dana Persekutuan AS menunjukkan bahawa pelabur percaya, Feds mungkin tidak akan menaikkan kadar sepanjang tahun 2016.  Angka NFP dan data pekerjaan AS esok bakal menjadi penentu kepada arah Dollar AS selanjutnya.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register