Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 31 Mei 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 31 Mei 2016

Harga emas yang jatuh lebih $13.20/oz sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,199.73/oz, kembali memacu naik pada sesi Amerika untuk menutup sekitar paras $1,207.55; setelah pasaran Kanada dan Amerika Latin membida harga emas di tengah-tengah pasaran Amerika Syarikat yang bercuti sempena ‘Memorial Day’.

Dalam laporan terbaru, 4 daripada 12 Presiden Feds cawangan mahu menaikkan kadar ke atas pinjaman diskaun menjelang mesyuarat dasar pada April lalu, meningkat daripada 2 pada bulan Mac. Harga emas ditutup lebih hampir dengan paras terendah dalam masa tujuh minggu semalam.

Walau bagaimanapun, emas dilihat masih ‘bullish’ dan mempunyai sedikit kelebihan teknikal dalam keseluruhan jangka masa terdekat; tetapi telah pudar teruk dan perlu menunjukkan kuasa belian baru tidak lama lagi setelah harga berada dalam trend menurun untuk tiga minggu lamanya. Menurut MarketWatch, jangkaan kenaikan kadar pada mesyuarat FOMC akan datang telah melemahkan permintaan untuk logam kuning.

telegram-moshed

Kadar yang lebih tinggi cenderung untuk mengangkat permintaan bagi Dollar AS, sekaligus menjejaskan kepentingan pembeli emas yang di sebut harga dalam Dollar. Kadar kenaikan juga boleh memberikan tekanan kepada emas sebagai komoditi yang tidak membayar ‘interest’, sekaligus menghantar pelabur untuk mencari pulangan hasil yang lebih tinggi dalam suasana kadar pinjaman yang semakin meningkat.

Tetapi kekuatan Dollar adalah “mungkin sekejap memandangkan keadaan fiskal yang masih lemah di Amerika Syarikat,” menurut Mark O’Byrne, pengarah penyelidikan di GoldCore. “AS tidak boleh membenarkan Dollar untuk mengukuhkan berbanding matawang utama lain, kerana ia akan menyebabkan rakan dagangan utama mereka mendapat kelebihan persaingan yang tidak adil, dalam masa ekonomi AS yang sedang bergelut.” tambah beliau lagi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register