banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 4 April 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 4 April 2016

Harga emas merudum lebih $26/oz Jumaat lalu untuk ke paras terendah harian sekitar $1,208.95/oz sebelum memacu naik untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $1,221.67/oz; setelah laporan NFP Amerika Syarikat keluar lebih baik, menambah 215 ribu pekerjaan berbanding 206 ribu jangkaan.  Namun, kadar pengangguran meningkat sebanyak 0.1% menjadikannya 5%.

Pengerusi Federal Reserve AS Janet Yellen berkata minggu lalu, bahawa Bank Pusat AS perlu berhati-hati sekiranya ia berhasrat untuk menaikkan kadar. Presiden Feds New York William Dudley pula berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Puan Yellen bahawa Bank Pusat AS perlu berhati-hati, memandangkan pertumbuhan yang perlahan di luar negara. Data ekonomi AS akan kekal dalam fokus, apabila pelabur cuba untuk mengukur kekuatan ekonomi dan kesannya terhadap dasar monetari.

telegram-moshed

Emas telah meningkat 16% sehingga kini, selepas kebimbangan mengenai pertumbuhan global dan jangkaan kenaikan kadar AS tahun ini mula berkurangan. Kejatuhan dalam pasaran saham global juga mencetuskan permintaan ‘safe-haven’ untuk logam berharga. Emas sensitif kepada kadar AS yang semakin meningkat, yang mengangkat kos memegang aset tanpa kadar, manakala meningkatkan nilai Dollar AS.

telegram-moshed

Dalam pada itu, tolok rasmi sektor perkilangan China menunjukkan keadaan telah bertambah baik buat kali pertama dalam tempoh lapan bulan, sekaligus menunjukkan rangsangan fiskal dan kewangan kerajaan mula memberi kesan positif. Indeks pengurus pembelian pembuatan meningkat kepada 50.2 mata pada bulan Mac, berbanding dengan anggaran median sebanyak 49.4 mata dalam kaji selidik Bloomberg News. PMI bukan pembuatan pula meningkat kepada 53.8 mata daripada 52.7 mata pada bulan Februari.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register