728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GOLD Analisa Fundamental Harian 4 Dec 2014

gold

Emas didagangkan pada situasi yang agak berbeza dengan peningkatan harga pada masa US Dollar juga sedang menguat.  Para pedagang memberikan tumpuan pada mesyuarat ECB hari ini Khamis dan “Non Farm Payroll” (NFP) pada Jumaat walaupun secara umum harga minyak mentah mendominasi pasaran.

Emas meningkat $4.60 sekitar $1205 pada sesi penutupan Eropah semalam Rabu, tetapi para penganalisa terus menjangkakan kejatuhan se-awal minggu depan.  Stabil pada $1200 dengan kenaikan harga minyak yang memberikan sokongan, apapun kekuatan US Dollar dan padangan optimis terhadap ekonomi Amerika Syarikat telah mengurangkan tarikan kepada emas sebagai pelindung pelaburan.

telegram-moshed

Pasaran jongkong emas juga mendapat sokongan dengan kemasukan 2.4 tan kedalam SPDR Gold Trust – Dana dagangan emas dibursa utama dunia.  Walapun dengan kemasukan itu, pegangan dana tersebut adalah pada paras terendah dalam masa enam tahun yang jelas menunjukkan sentiman pasaran yang masih “bearish”.

Kejatuhan pasaran jongkong emas bersama minyak mentah adalah dijangkakan mengurangkan tekanan inflasi yang mana emas seringkali dilihat sebagai pelindung kepada kenaikan harga barangan.  Minyak mentah meningkat semula lebih 1% tetapi gred Brent dan US telah jatuh 30% semenjak Jun dan mencapai paras terendah dalam masa 5 tahun awal minggu ini kerana kerisauan terhadap lebihan bekalan.

Walaupun emas meningkat 6 bulan lalu kerana ketegangan geo-politik, jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat bersama ekonomi yang mampan telah menyebabkan kejatuhan semula kebelakangan ini.

 

Anda mempunyai Instagram ? Follow saya @MoshedFX  😀

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register