banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 4 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-016

Harga emas turun lebih $15/oz Rabu semalam, dari paras tertinggi harian sekitar $1,195.60/oz untuk mencapai serendah sekitar $1,179.45/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,185.05; setelah risiko hutang Greece mula reda dengan tanda-tanda perjanjian bakal dicapai dalam masa terdekat. Pada masa yang sama, sentimen pelabur masih lemah disebabkan oleh aliran keluar dari dana yang disokong emas.

Emas susut 0.2% selepas mendaki 0.4% pada Selasa. Para pedagang berkata lonjakan semalaman emas adalah sangat mengecewakan walaupun Dollar turun mendadak dan data perkilangan AS yang lemah, yang sepatutnya menambahkan permintaan untuk aset ‘safe-haven’ seperti emas. “Langkah itu mengecewakan berikutan persekitaran Dollar yang lemah,” kata penganalisis di ScotiaMocatta.

telegram-moshed

Emas jatuh daripada paras tertinggi 3 bulan yang dicapai pada pertengahan Mei, apabila pelabur besar di pasaran hadapan seperti “hedge-fund” dan pengurus dana mengurangkan kedudukan belian mereka pada minggu lepas. Menurut komitmen mingguan para pedagang oleh Komoditi Suruhanjaya Perdagangan Hadapan (CFTC), asas bersih “hedge-fund” kini membeli 7.3 juta auns, turun 16% dari minggu sebelumnya, hampir 10 juta auns lebih rendah dari paras bulan Januari tahun ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register