728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 4 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-006

Harga emas terus jatuh lebih $14/oz pada Jumaat lalu, dari paras tertinggi harian sekitar $1,185.20/oz sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan, sekitar paras $1,177.50 apabila Dollar kembali mendapat permintaan, selepas keputusan Federal Reserve AS untuk tegas dengan kemungkinan kenaikan “interest rate” seawal Jun, dalam minit mesyuarat FOMC baru-baru ini.

Penganalisis berkata, kejatuhan harga logam kuning itu di pasaran hadapan, kebanyakannya sejajar dengan trend yang lemah di luar negara; selepas penurunan tuntutan pengangguran AS yang menyokong Feds untuk menaikkan kadar faedah, sekaligus mengurangkan permintaan untuk logam berharga itu.  Harga jatuh di bawah sokongan pada $1,180/oz dan kekal di landasan yang betul, untuk mengakhiri minggu lepas sedikit kukuh, selepas Dollar kekal di bawah tekanan jualan, berbanding euro.

Walau bagaimanapun, ia gagal menarik minat untuk belian baru selepas kejatuhan 1.7% pada Khamis lalu.  Emas diniagakan dalam julat kecil sepanjang bulan lepas, walaupun Dollar dilihat lemah serta mengalami bulan paling teruk dalam tempoh empat tahun pada bulan April; terkesan dari ketidaktentuan masa kenaikan “interest rate” pertama Federal Reserve AS dalam hampir satu dekad.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register