728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 4 Mei 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 4 Mei 2016

Harga emas berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar $1,301.82/oz ke serendah $1,282.26/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,286.50/oz; setelah pasaran dipenuhi kegiatan mengambil untung belian.  Pada masa yang sama, komen ahli Feds Williams yang mengatakan Feds mungkin tidak akan menggunakan kadar negatif menarik minat pelabur kembali ke dalam Dollar.

Presiden Feds Chicago John Williams dalam satu temuramah Radio Bloomberg semalam, mengatakan bahawa beliau setuju untuk tidak menaikkan kadar pada tahun ini.  Beliau melihat pertumbuhan GDP sekitar 2% pada tahun ini dan kadar perlu dinaikkan secara perlahan-lahan dalam tempoh dua tahun akan datang.  Kenaikan kadar pada Jun ini hanya boleh dilakukan sekiranya inflasi terus meningkat dan keadaan sektor pekerjaan bertambah baik.

Emas telah melonjak secara mendadak sejak akhir minggu lalu, selepas nilai Dollar merosot terkesan dari sikap berhati-hati Federal Reserve AS terhadap kadar yang lebih tinggi dan Yen yang melonjak selepas Bank of Japan bertahan dalam keputusan dasar minggu lepas. “Saya fikir emas boleh mencapai $1,300-$1,400 pada suku kedua. Para pelabur mengikuti pergerakan Yen-Dollar dan keputusan bank pusat, serta aliran masuk ETF adalah satu tanda yang sangat baik,” menurut Mark To, ketua penyelidik di Wing Fung Financial Group.

telegram-moshed

Dollar mencapai paras 18 bulan terendah berbanding Yen semalam selepas Indeks Dollar mencecah paras terendah sejak Januari 2015. Kelemahan Dollar dan kekuatan dalam kenaikan harga emas telah mencetuskan peningkatan mendadak dalam aliran dana ke dalam SPDR Gold Trust – dana dagangan bursa bersandarkan emas terbesar dunia.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register