Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 5 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-gold-001

Harga emas melonjak lebih $21.35/oz Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,083.35/oz sebelum menutup sekitar paras $1,074.35/oz; setelah para pelabur memberikan reaksi kepada ketegangan di Timur Tengah apabila Arab Saudi memutuskan hubungan komersil dengan Iran. Pada masa yang sama, data ekonomi China menunjukkan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu menghadapi pertumbuhan ekonomi yang semakin malap.

Emas melonjak dalam sekelip mata, apabila para trader dan pelabur mencerna berita ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah, selepas sekumpulan penunjuk perasaan menyerbu kedutaan Arab Saudi di Iran pada hujung minggu, sebagai tindak balas kepada pelaksanaan hukuman negara itu kepada seorang ulama Syiah yang terkenal. Hubungan antara Arab Saudi dan Iran telah memburuk sejak hukuman ke atas ulama Syiah Nimr al-Nimr dan 46 yang lain pada hari Sabtu yang dilaporkan bercakap menentang keluarga diraja Saudi.

telegram-moshed

telegram-moshed

Gempa susulan turut dirasai di sesi dagangan pertama tahun ini, apabila Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu dan Sudan menyertai Riyadh dengan memutuskan atau mengehadkan hubungan dengan Iran. Memetik “campur tangan secara terang-terangan dan berbahaya,” Iran di rantau itu, Bahrain memutuskan semalam untuk menghentikan hubungan diplomatik dengan Tehran. Pihak berkuasa penerbangan awam di Arab Saudi, sementara itu, berkata ia telah membatalkan semua penerbangan ke dan dari Iran. Emas dilihat sebagai pelaburan selamat bagi pelabur dalam tempoh ketidakstabilan geopolitik.

Dalam pada itu, China melaporkan data pembuatan yang lebih lemah daripada jangkaan pada bulan lalu, sekaligus mencetuskan kebimbangan baru terhadap pertumbuhan yang semakin perlahan dalam ekonomi kedua terbesar dunia itu. Pada bulan Disember, indeks China Caixin PMI jatuh sebanyak 0.4 mata kepada 48.2 mata, jauh di bawah ramalan penganalisis untuk bacaan 49.0 mata. Sebarang bacaan di bawah 50 menunjukkan tanda-tanda penguncupan dalam sektor pembuatan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register