728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 5 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-019

Harga emas melonjak lebih $36.20/oz Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,141.30/oz sebelum menutup sekitar paras $1,138.00/oz; setelah laporan NFP AS yang jauh meleset dari jangkaan mengejutkan para pelabur dan pedagang, sekaligus mendorong penjualan dolar.  Data yang lemah itu kini menyebabkan pasaran ragu-ragu, sama ada kenaikan kadar AS pada tahun ini akan menjadi kenyataan.

Pasaran saham telah bergerak lebih rendah, kerana angka pekerjaan tersebut menunjukkan bahawa ekonomi Amerika Syarikat tidaklah sekukuh seperti yang dijangkakan.  Hanya 142 ribu pekerjaan baru telah diwujudkan di Amerika bulan lepas, jauh meleset daripada 201 ribu yang dijangka ahli ekonomi. Tambahan pula bacaan Ogos telah disemak semula ke bawah – kepada 135 ribu dari 175 ribu yang ditinjau pada bulan lalu.

telegram-moshed

Kontrak emas telah diniagakan dalam julat yang semakin ketat sejak musim panas. Harga bangkit sekitar $1,080/oz pada bulan Ogos, diikuti dengan hampir $1,100/oz pada bulan lepas. Harga puncak juga telah turun daripada kira-kira $1,170/oz pada bulan Ogos kepada di bawah $1,160/oz pada bulan September lalu.  Berita-berita juga boleh mempengaruhi perdagangan kerana pasaran sedang bersedia untuk peningkatan kadar oleh Federal Reserve AS disamping Rusia yang memulakan tindakan ketenteraan di Syria.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register