banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 6 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-020

Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar $11.50/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,142.05/oz ke serendah $1,130.15 sebelum menutup sekitar paras $1,135.65/oz;  setelah tiada sebarang laporan ekonomi utama dan pergerakan harga kebanyakannya dipandu oleh pelarasan kedudukan selepas laporan NFP AS yang mengecewakan pada Jumaat lalu.

Selepas pengumuman laporan NFP itu, kadar pulangan bon Perbendaharaan AS jatuh mendadak, mencetuskan penjualan dalam Dolar Amerika. Pasaran emas, platinum dan perak bangkit semula dari paras terendah mereka.  Walau bagaimanapun laporan NFP yang lemah, tidak bermakna Feds AS akan membuat perubahan dasar, tetatpi mungkin ia akan melambatkan kenaikan kadar yang telah memberi tekanan kepada logam berharga.

telegram-moshed

telegram-moshed

Ada kemungkinan para pedagang akan menyesuaikan kedudukan mereka, kerana kebanyakannya berada dalam kontrak jualan. Namun, kenaikan dijangka terhad. Pasaran niaga hadapan dana Feds semasa menunjukkan Federal Reserve AS mungkin menaikkan kadar pada Mac 2016.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register