banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 7 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-002

Pasaran yang mula memberi reaksi pasca laporan NFP Jumaat lalu, menjadikan emas dibuka dengan ‘Gap Up’ Isnin semalam, dan terus memacu naik untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1224.20, sebelum menyusut semula lebih $9/oz dan menutup pada sekitar $1214.50; sekaligus menjadikan harga emas di bawah pivot hari ini, sekitar $1,216.60/oz.  Pivot mingguan yang baru adalah sekitar $1,196.50

Laporan Non Farm Payroll Amerika Syarikat pada Jumaat lepas, yang melaporkan tambahan pekerja sebanyak 126 ribu sahaja, adalah yang terburuk semenjak December 2013 dan adalah jauh lebih rendah dari sebarang jangkaan yang dikumpulkan dalam bancian Bloomberg.  Kini para penganalisa menantikan minit mesyuarat FOMC yang bakal disiarkan awal pagi Khamis nanti, untuk mendapatkan laporan perkembangan ekonomi yang dikatakan menguncup.

Pasaran Eropah yang majoriti negaranya bercuti sempena ‘Easter’ semalam, kini kembali beroperasi dan pelan rancangan reformasi Greece dijangka menjadi tumpuan pasaran.  Sekiranya ditolak, perdana menteri Alexis Tsipras sudah pasti menggunakan peluang bertemu presiden Russia Vladimir Putin, esok 8 April, untuk memohon bantuan kewangan bagi mengatasi kemelut ekonomi negaranya.  Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register