728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 7 April 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 7 April 2016

Emas berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1,232.28/oz ke serendah $1,217.20/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,222.45/oz; setelah permintaan untuk aset pulangan tinggi mendapat lebih permintaan dan minit mesyuarat FOMC yang ‘dovish’ awal pagi tadi gagal untuk terus memberikan sokongan belian kepada Dollar AS.

Awal pagi tadi, minit mesyuarat FOMC yang disiarkan gagal membantu sokongan belian untuk Dollar, selepas majoriti ahli majlis mesyuarat FOMC dilihat teguh dalam mempertahankan keputusan untuk mengekalkan kadar yang dinaikkan pada Disember tahun lepas.  Namun demikian, terdapat beberapa ahli majlis yang mahukan kadar dinaikkan pada mesyuarat Mac lalu.

telegram-moshed

Pada mesyuarat itu, Feds mengekalkan kadar tidak berubah dan menurunkan ramalan bagi kenaikan kadar tahun ini daripada empat kepada dua. Pengerusi Feds, Janet Yellen minggu lepas memberi jaminan kepada pasaran bahawa Feds akan berhati-hati dalam menaikkan kadar, yang menyatakan bahawa terdapat banyak risiko ketika ini.  Dengan kegawatan pasaran kewangan dan ekonomi global yang semakin perlahan, majlis FOMC memutuskan kenaikan kadar hanya akan membuatkan ekonomi AS akan lebih tertekan.

telegram-moshed

Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang utama – EUR, GBP, JPY, CHF, CAD, SEK – jatuh lebih 80 mata untuk ke paras terendah sekitar 94.20 mata sebelum menutup sekitar paras 94.45 mata yang lebih rendah dari pembukaan pada sekitar 94.60 mata; sekaligus menunjukkan sentimen pasaran yang masih ‘bearish’ terhadap Dollar.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register