728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 7 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-016

Emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dari paras tertinggi harian sekitar $1,132.80/oz ke serendah $1,116.65/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,123.05/oz; setelah pasaran mula bertenang selepas kejatuhan pasaran global tempoh hari apabila China menyusutkan nilai matawangnya dengan harapan untuk meningkatkan aktiviti eksport.

Walau bagaimanapun pasaran global menerima isyarat tersebut, sebagai kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia itu semakin melemah dan ini sudah pastinya mempengaruhi iklim ekonomi dunia, terutamanya pasaran komoditi dan ekuiti yang banyak dipengaruhi oleh permintaan bahan mentah dan tenaga dari China.

telegram-moshed

telegram-moshed

Penganalisis menjangkakan emas akan menanggung lebih banyak kejatuhan pada bulan-bulan akan datang, dengan unjuran harga global mencecah $1,000/oz pada Disember tahun ini. Harga spot emas mungkin turun lagi pada tahun akan datang, mencapai serendah $800/oz pada Disember 2016, menurut satu laporan dari ABN Amro.

Peniaga emas juga kekal berhati-hati dalam mengambil pegangan baru, sehingga mereka lebih jelas sama ada Feds AS akan menaikkan kadar pada mesyuarat FOMC pada 16-17 September ini.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register