728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 8 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-007

Harga emas kembali susut lebih $19.70/oz sepanjang tiga sesi dagangan Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,066.20/oz sebelum menutup sekitar paras $1,071.40; setelah Dollar AS pulih daripada kejatuhan minggu lepas.  Kini para trader dilihat bersedia untuk mesyuarat FOMC pada 15-16 Disember depan, dan pasaran dijangka dalam mood berhati-hati menjelang mesyuarat tersebut.

Indeks Dollar, yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding sekumpulan enam mata wang utama, meningkat 0.55% kepada sekitar 98.80 semalam. Sebelum daripada itu, Dollar AS kehilangan hampir 2% minggu lepas, apabila Euro melonjak selepas langkah-langkah pelonggaran terkini yang diumumkan oleh Bank Pusat Eropah pada Khamis meleset dari jangkaan pasaran.  Harga emas yang sering bergerak songsang dengan Dollar AS, akan menjadi lebih mahal untuk pemegang mata wang lain.

telegram-moshed

telegram-moshed

Jumaat lalu Jabatan Buruh AS melaporkan penambahan 211 ribu pekerjaan pada November lalu, menewaskan jangkaan sebanyak 200 ribu. Kadar pengangguran kekal stabil pada 5.0% seperti yang dijangka pasaran.  Data yang teguh tersebut telah mengukuhkan jangkaan bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar buat kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad pada mesyuarat FOMC 15-16 Disember ini.

Walaupun pelabur secara meluas menjangkakan kadar AS akan mula meningkat pada akhir bulan ini, mereka menjangkakan kenaikan tersebut adalah secara beransur-ansur. Kenaikan secara beransur-ansur, dilihat sebagai kurang memberi ancaman untuk kejatuhan besar kepada harga emas daripada satu siri kenaikan kadar yang pantas.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register