728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 8 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-012

Harga emas terus jatuh lebih $21.50/oz Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,148.00/oz sebelum menutup sekitar paras $1,155.05/oz; setelah keadaan diimbangi oleh minit mesyuarat FOMC Federal Reserve AS yang akan datang awal pagi Khamis ini.  Harga kembali naik walaupun lewat sebanyak 0.6% selepas jatuh sebanyak 0.5%. Para pedagang akan memberi tumpuan kepada Dollar dan prospek “interest rate” AS yang lebih tinggi.

“Kemerosotan emas adalah bukti pasaran menjangkakan risiko penularan yang lebih luas daripada krisis Grexit dan meningkatkan kepastian kenaikan “interest rate” AS tahun ini,” menurut Suk Cooper, seorang penganalisis di Barclays Plc di New York, dalam satu laporan. Harga emas mengayunkan antara keuntungan dan kerugian kecil pada hari Isnin, apabila para pelabur cemas memerhatikan perkembangan di Greece selepas negara itu menolak syarat-syarat untuk bantuan kecemasan daripada pemiutang dalam referendum pada hari Ahad lalu.

telegram-moshed

Hasil referendum itu melakarkan keraguan terhadap masa depan Greece dalam Euro-Zone dan mendalamkan kebuntuan dengan para pemiutang. Pegawai-pegawai ECB telah menyatakan bahawa mereka hanya akan terus membiayai Greece selama mana pembaharuan ekonomi yang meluas mahu dilaksanakan.  Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras mengalu-alukan keputusan undi dan berkata Athens kembali kepada rundingan dengan matlamat yang jelas daripada pembukaan semula bank-bank, yang telah ditutup selama lebih seminggu selepas kawalan modal dikenakan. Tanpa dana kecemasan daripada Bank Pusat Eropah, bank-bank Greece bakal menghadapi masalah tunai.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register