Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 8 Mac 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 8 Mac 2016

Emas berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1,256.75/oz ke setinggi $1,273.15/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,267.05/oz; setelah para trader dan pelabur bersedia untuk mesyuarat ECB dan FOMC dalam masa terdekat.  Pada masa yang sama, terdapat banyak data dari China yang boleh mempengaruhi sentimen pasaran, terutamanya sejak China menyusutkan nilai Yuan baru-baru ini.

Emas telah menjadi antara komoditi berprestasi terbaik setakat ini pada tahun 2016. Harga telah bangkit daripada sekitar $1,060/oz pada akhir Disember hingga mencapai setinggi $1,250/oz pada minggu lepas dan masih kekal di atas paras tersebut semalam. Kelemahan pasaran ekuiti dan turun naik pasaran matawang pada awal 2016 serta berita kadar negatif oleh beberapa bank-bank pusat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi telah mengangkat harga emas.

Walaupun Feds AS boleh mengetatkan dasar monetari pada 2016 yang akan mengekang harga emas, penurunan pengeluaran emas dunia telah mengetatkan bekalan ‘fizikal’ dan dijangka menarik pelabur dalam tempoh beberapa tahun akan datang.  Laporan CFTC terbaru menunjukkan komitmen belian spekulator telah bertambah dari 145 ribu kontrak kepada 152 ribu kontrak, sekaligus menunjukkan sentimen pasaran yang ‘bullish’.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!