GOLD Analisa Fundamental Harian 9 Dec 2014

0 5

moshedfx-forex-malaysia-gold-003Emas menokok sekitar $11.80 dari paras terendah Jumaat lalu untuk didagangkan setinggi $1,198.26 pada Isnin sesi pembukaan New York.  Walaupun data NFP Jumaat lalu jauh lebih baik dari jangkaan, permintaan terhadap emas stabil dengan SPDR Gold Trust melaporkan peningkatan pegangan emasnya sebanyak 0.12% kepada 720.91 tan Jumaat lalu.

CFTC Amerika Syarikat juga dalam satu kenyataan rasmi mengumumkan, para pelabur dan pengurus dana dalam pasaran hadapan emas, telah menambah kontrak belian mereka keparas tertinggi semenjak Ogos lalu.  Ini jelas menunjukkan, sentimen pasaran emas yang sedang berubah arah.

Emas, sebagai aset yang tidak mebayar sebarang “interest”, adalah merupakan pelindung pelaburan dikala krisis ekonomi dan kadar inflasi yang semakin meningkat.  Dengan keadaan pasaran yang dibawah kos produksi emas, $1,200 untuk satu troy ounce, ramai penganalisis melihat ini sebagai satu peluang baik untuk memiliki emas fizikal.

Anda mempunyai Instagram ? Follow saya di @MoshedFX

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa