banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 9 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-008

Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar dari paras tertinggi harian sekitar $1,079.10 ke serendah $1,067.65, sebelum menutup sekitar paras $1,074.60 yang lebih tinggi dari pembukaan sekitar $1,070.85; setelah para trader kelihatan tidak pasti apa yang perlu dilakukan pada masa ini, apabila kebanyakan pelabur tidak memasuki pasaran menjelang mesyuarat FOMC Federal Reserve minggu depan.

Walaupun pelabur secara meluas menjangka Feds bakal menaikkan kadar pada mesyuarat Disember 15-16 depan, mereka menjangkakan kadar akan meningkat secara beransur-ansur. Kenaikan secara beransur-ansur dilihat sebagai kurang ancaman kepada harga emas berbanding dengan satu siri kenaikan yang mendadak.  Di pasaran hadapan, emas untuk penghantaran Februari di Comex New York Mercantile Exchange susut $3.00, atau 0,28%, untuk diniagakan sekitar $1,072.20/oz semasa waktu pagi Amerika Syarikat.

telegram-moshed

telegram-moshed

Sentimen pelabur dilihat telah kembali lemah. Aset SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa berasaskan emas terbesar dunia, jatuh 0.65% kepada 634.63 tan metrik – paras paling rendah sejak September 2008. Di pasaran lain, China mungkin menambah hampir 21 tan emas kepada rizabnya pada bulan November, menurut Reuters berdasarkan data bank pusat pada Isnin lalu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register