Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 9 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-020

Emas berada dalam dagangan ‘ranging’ Isnin semalam, dengan pergerakan tidak melebihi $10/oz, dari paras tertinggi harian sekitar $1,177.55/oz ke serendah $1,169.60/oz; selepas pasaran mula menilai semula kedudukan ekonomi global pasca laporan NFP Amerika Syarikat yang begitu memberansangkan.  Namun kadar pengangguran yang meningkat agak merisaukan serta saranan IMF terhadap Feds berkemungkinan mengekang permintaan untuk Dollar.

Greece menjadi antara agenda teratas pada mesyuarat G7 di Jerman. Tuan Rumah Angela Merkel berkata G-7 adalah sepakat untuk Greece kekal dalam Euro-Zone, hanya jika negara itu “membuat cadangan dan melaksanakan pembaharuan.” Malangnya itu adalah sesuatu yang mereka bantah ketika pilihanraya umum Greece baru-baru ini. Sekarang adalah masa untuk membuktikan komitmen mereka kepada rakyat Greece.

telegram-moshed

Greece terlepas pembayaran kepada IMF pada Jumaat lalu, dan menggunakan pilihan yang jarang digunakan, iaitu mengumpul semua bayaran yang perlu dibuat pada bulan Jun, ke dalam hanya satu bayaran sahaja pada akhir bulan ini. Semua mengakui bahawa ini adalah langkah pertama untuk membeli lebih banyak masa, kerana ia adalah agak mustahil untuk Greece dapat membuat pembayaran €1.6 bilion pada 30 Jun ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register