Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 9 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-011

Emas menjunam lebih $35/oz untuk mencapai paras terendah harian, sekitar $1,163.71 Jumaat lalu; selepas laporan NFP dan “unemployment” Amerika Syarikat yang lebih baik dari jangkaan, menjana permintaan untuk Dollar.  Ketika ini uptrend masih kukuh di carta bulanan walaupun ianya telah pun dibatalkan di carta mingguan sejak 3 minggu lepas.  Pembatalan uptrend di carta bulanan adalah sekitar $1,138.25

Laporan NFP AS menyatakan 295 ribu pekerja telah ditambah berbanding 240 ribu jangkaan.  Walau bagaimanapun, data 257 ribu pada sebelum ini, telah dikemas kini semula dengan pengurangan kepada 239 ribu pekerja.  Pada masa yang sama, kadar pengangguran telah mencapai sasaran yang ditetapkan Feds iaitu 5.5%  Namun, para penganalisa melihat “average hourly earning” yang menyusut dari 2.2% kepada 2% dan “labor participation rate” yang juga menyusut sebanyak 0.1% bakal menjadi sebab untuk Federal Reserve AS untuk terus mengekalkan “interest rate” sekurang-kurangnya hingga Jun ini.

Di pasaran hadapan kontrak April, Jun, Dec, dan Aug 2015 terus mendapat permintaan dengan ‘open interest’ melebihi 20 ribu setiap satu.  Kontrak April 2015 menjana ‘open interest’ tertinggi pada 251,003; Kontrak Jun 2015 pula dengan 69,698; December 2015 pada 31,528 dan Ogos 2015 pada 20,362 ‘open interest’.  ‘Open interest’ adalah jumlah kontrak yang masih belum diselesaikan belian atau penjualannya.  Dengan harga dibawah kos purata produksi emas, permintaan dilihat melebihi jualan.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register