728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 9 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-006

Harga emas terus merudum untuk hari kelapan berturut-turut, lebih $24.30/oz Jumaat lalu untuk ke paras terendah dalam masa 3 bulan, sekitar $1,085.50/oz sebelum menutup sekitar paras $1,088.80/oz; setelah Dollar AS terus mendapat permintaan kukuh terkesan daripada laporan pekerjaan AS yang lebih baik dari jangkaan, sekaligus menguatkan sentimen kenaikan kadar oleh Federal Reserve AS pada Disember ini.

Berikutan pengumuman laporan itu, kadar pulangan Bon Perbendaharaan AS meningkat, sehingga dapat menaikkan Dollar AS dan mendesak harga emas, perak dan platinum. Pelabur global mengejar kadar pulangan yang lebih tinggi, dan kerana logam berharga tidak membayar sebarang dividen, ianya menjadikan mereka satu pelaburan yang kurang menarik apabila kadar meningkat.

telegram-moshed

Logam berharga dijangka melihat kemerosotan pada awal minggu ini, ekoran momentum jualan semasa ditutup pada Jumaat dan reaksi dari pasaran Asia yang tutup semasa laporan NFP minggu lepas.  Faktor-faktor teknikal terlebih jual boleh membantu membentuk paras terendah. Ini kemungkinan besar akan didorong oleh pengambilan untung dan ‘short covering’ oleh para pelabur.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register