728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 9 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-019

Harga emas naik sedikit sekitar $7.70/oz Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,126.75 sebelum menutup sekitar paras $1,121.50; setelah para pedagang jongkong emas berkata emas mungkin akan berada di bawah tekanan sehingga mesyuarat FOMC pada 16-17 September ini, disebabkan ketidaktentuan pasaran yang berterusan. Harga emas telah merudum tahun ini ekoran jangkaan Feds akan menaikkan kadar untuk kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad.

Emas telah gagal untuk mencari permintaan yang kuat walaupun kelemahan dalam pasaran ekuiti baru-baru ini, disebabkan oleh kebimbangan terhadap ekonomi China. Ia juga telah gagal untuk mengambil isyarat daripada aktiviti dagangan dalam dolar, menunjukkan emas sedang berjuang untuk mencari arah, diluar dari dasar kewangan AS.  Ketika ini, mungkin hanya malapetaka yang boleh mengangkat nilai emas.

telegram-moshed

telegram-moshed

Dalam berita industri lain, nilai rizab emas China berjumlah $61.8 bilion pada akhir Ogos, meningkat daripada $59.24 pada akhir Julai, menurut Bank of China di laman webnya. Krisis ekonomi di Rusia pula, telah memujuk seorang pemilik bersama Polyus Gold (PGIL.L) untuk mempertimbangkan pembelian $5.4 bilion, yang mengakhiri penyenaraian premium pengeluar emas terbesar Rusia itu di London, selepas hanya tiga tahun.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register