728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Forex dan Komoditi

Greenback menerajui pasaran matawang dan ini tidak mengejutkan kita

Greenback menerajui pasaran matawang dan ini tidak mengejutkan kita

US Dollar terbukti adalah matawang yang terkuat buat masa sekarang berikutan central banks seluruh dunia sedang berbicara mengenai pelonggaran dasar kewangan.

Bank of England dan Bank of Japan pada awal lagi sudah mengeluarkan kenyataan yang jelas mengenai hasrat mereka untuk masuk campur jika dilihat ekonomi masih lagi dalam keadaan tidak memberangsangkan.

Reserve Bank of Australia dan New Zealand juga tidak terlepas daripada memberi hint untuk rangsangan jika ekonomi mereka memerlukannya.

telegram-moshed

Khamis ini, European Central Bank akan diberi tumpuan penuh sama ada mereka akan mengambil tindakan awal sekiranya keadaan kewangan tidak menggembirakan mereka.

Manakala di Switzerland, pasaran melihat akan berlakunya pemotongan interest rate oleh Swiss National Bank pada September nanti.

Ini sedikit sebanyak menunjukkan hanya Federal Reserve dan Bank of Canada yang masih lagi berdiri teguh dengan dasar kewangan mereka.

Kita masih lagi belum dapat lihat lagi kekuatan signifikan pada Canadian Dollar, ini adalah kerana harga minyak mentah yang masih lagi lemah tetapi US Dollar masih berada dalam momentum yang baik.

Selain daripada mengekalkan interest rate, komen daripada pegawai Federal Reserves adalah kerisauan penggubal undang-undang berkenaaan ekonomi Amerika Syarikat semakin berkurang.

Perkembangan ekonomi Amerika Syarikat, aset yang bagus, dasar kewangan yang steady menampakkan pelaburan Amerika sangat menarik dan menjadikan demand US Dollar masih lagi tinggi.

Pasaran akan melihat US Dollar akan terus menguat dengan kelemahan matawang utama lain.

US Dollar Index 15 minit

US Dollar Index 15 minit

Perkembangan politik Amerika Syarikat, semalam Donald Trump telah menjadi calon rasmi presiden Amerika Syarikat daripada parti republican dan akan bertanding dengan Hillary Clinton pada Oktober nanti.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register