banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Hadamkan Baik-Baik Artikel Ini Sebelum Anda Memasuki Medan NFP Malam Ini. Semoga Profit!

Hadamkan Baik-Baik Artikel Ini Sebelum Anda Memasuki Medan NFP Malam Ini. Semoga Profit!

Laporan angka pekerjaan AS seringkali mengecewakan pasaran sebelum ini terutamanya bacaan bulan Mei yang mencatat nilai negatif.

Pun begitu, ucapan Janet Yellen di Jackson Hole pada minggu lepas seakan telah mengubah sepenuhnya persepsi terhadap pasaran ini. Kenyataan Yellen seolah-olah telah menguatkan potensi kenaikan kadar oleh Fed walaupun bacaan inflasi masih lagi berada tahap yang terkawal.

Bagaimanapun, masih ramai penganalisis percaya bahawa kenaikan kadar seawal bulan September adalah tindakan yang ‘terlalu’ berani. Namun potensi kenaikan kadar ini bergantung kepada data makroekonomi yang bakal dikeluarkan dari Amerika Syarikat pada bulan-bulan akan datang.

Walaupun sejak akhir-akhir ini Greenback berada pada landasan yang betul bagi mengukuhkan lagi prospek kenaikan terbabit, tetapi Fed masih tidak mencapai apa-apa keputusan. Atas sebab itu, NFP kali ini dianggap penting dan dijangka bakal menjadi kayu ukur bagi penentuan kadar untuk masa-masa yang akan datang ini.

Kami senaraikan point-point penting bagi laporan yang bakal dikeluarkan hari ini :

  • Jangkaan pasaran adalah daripada 180,000 pekerjaan baru ditambah pada bulan Julai, mencapai kira-kira purata keuntungan 186,000 bagi tahun 2016.
  • Selain itu, kadar pengangguran dijangka akan berkurang kepada 4.8%, berbanding 4.9% sebelumnya.
  • Pendapatan setiap jam secara purata pula dijangka berkembang 0.2% berbanding 0.3% sebelum ini.

Jadi, dah sedia memasuki pasaran malam ini?

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register