banner-mutm-728x90

Share This Post

Inspirasi

Hadamkan Tips Kewangan Dari Jutawan Dunia Ini Segera Jika Anda Memasang Impian Untuk Jadi Seperti Mereka!

Hadamkan Tips Kewangan Dari Jutawan Dunia Ini Segera Jika Anda Memasang Impian Untuk Jadi Seperti Mereka!

Dalam kegawatan ekonomi yang melanda, ramai antara kita yang sanggup lakukan apa sahaja untuk hidup kaya dan berjaya. Tak kurang juga ada yang patah semangat kerana impian yang ingin dibina, tak juga kunjung tiba.

Jadi, kami senaraikan beberapa tips dari jutawan-jutawan dunia ini jika anda juga pernah memasang angan-angan untuk jadi seperti mereka!

Michael Bloomberg ($34.3 Billion)

Umum mengetahui bahawa Michael Bloomberg mempunyai sebuah platform yang menjadi rujukan seluruh dunia iaitu Bloomberg. Namun, ramai yang tidak mengetahui hakikat bahawa 10 tahun lepas, beliau hanya mempunyai 2 pasang kasut untuk pergi bekerja. Beliau percaya bahawa menyimpan duit adalah lebih baik dari melaburkannya kepada perkara yang sia-sia.

Bill Gates ($79 Billion)

Belajar dari kesilapan. Tidak salah untuk sekali-sekala meraikan kejayaan. Tapi apa yang lebih penting ialah mengambil pengajaran dari cerita-cerita kegagalan.

Ingvar Kamprad ($53 Billion)

Beliau percaya bahawa perbelanjaan untuk memenuhi kehendak semata-mata adalah langsung tidak perlu walaupun anda mempunyai lebihan kewangan. Kereta mewah, gelaran atau pun rumah mewah hanya simbol status. Kekayaan sebenarnya bergantung penuh kepada kekuatan dan semangat!

Warren Buffet ($66.1 Billion)

Beli rumah anda mengikut kemampuan. Warren Buffet adalah contoh terbaik apabila bercakap mengenai rumah kerana beliau hanya menduduki sebuah rumah yang bernilai $31,500 (yang dibeli pada tahun 1958). Beliau tidak melihat sebarang keperluan untuk tinggal di rumah mewah walaupun beliau mempunyai kemampuan.

Richard Branson ($5.1 Billion)

Tetapkan matlamat dan lalukan apa sahaja untuk mencapai matlamat anda. Pengasas Virgin Group ini percaya, walaupun matlamat kita ibarat mustahil untuk dicapai, tulis dan kejar impian itu. Walaupun bukan hari ini, ia pasti tercapai satu hari nanti.

Robert Kuok ($11.5 Billion)

Jutawan yang berasal dari Malaysia ini mengatakan bahawa jangan sesekali tamak dengan kekayaan yang anda miliki. Jangan ambil kesempatan di atas kelemahan orang lain dan anda harus mempunyai moral yang tinggi berhadapan dengan soal ‘duit’.

Tak kira apa jua pandangan mengenai soal kewangan ini.Bahkan anda mungkin mempunyai pandangan berbeza dari mereka. Tapi bila berbicara dalam topik ini, kita harus bijak dan berpijak di bumi yang nyata!

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register