Share This Post

Forex dan Komoditi

Harga 1.10 masih lagi menjadi penantian trader

Harga 1.10 masih lagi menjadi penantian trader

Tumpuan utama trader FX semalam adalah pengumuman dasar kewangan oleh European Central Bank dan ia dilihat agak hambar.

Keputusan untuk mengekalkan interest rate dan pembelian aset memang sudah dijangkakan, seperti dalam artikel ini.

Pengumuman dan kenyataan Mario Draghi dilihat hambar kerana Mario tidak menyatakan pandangan yang jelas mengenai dasar kewangan mereka untuk akan datang.

Secara teorinya, kekurangan maklumat memberi kesan positif kepada Euro kerana ia bermaksud central banks tidak mempunyai rancangan segera untuk dilaksanakan.

Dilihat tiada rancangan pelonggaran oleh central bank lain buat masa ini, seller menguasai dan EUR/USD telah menjunam hingga ke paras 1.0979 semalam.

Walaubagaimanapun, harga kembali bermain di sekitar 1.10 setelah waktu New York ditutup dan ini menandakan buyer dan seller masih lagi bermain-main di key level ini.

Daily Chart EUR/USD ditutup dengan candlestick spinning top di mana menunjukkan buyer dan seller dalam keadaan sama banyak dan dilihat berlakunya rejection di support.

EUR/USD 15 minit

EUR/USD 15 minit

Sementara Euro mungkin dilihat masih akan melemah diakibatkan laporan PMI hari ini, matawang lain dilihat tidak akan mempunyai impak yang terlalu teruk dalam masa sebulan kerana semua central bank Jepun, New Zealand, Australia dan Switzerland dijangka untuk melonggarkan dasar kewangan mereka.

Jadi Euro dilihat boleh ditrade melawang matawang lain selain daripada USDollar dengan pergerakan yang agak cantik.

Kesimpulan daripada pengumuman semalam adalah Mario Draghi juga mahu mengambil langkah untuk memerhatikan lebih dekat bukti kukuh bahawa pasaran ekonomi dan kewangan dalam keadaan yang kurang baik sebelum mengambil tindakan seterusnya.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register