banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi

Harga AUD/USD semakin menghampiri 0.7500

Harga AUD/USD semakin menghampiri 0.7500

Pair AUD/USD meningkat kira-kira 40 pips selepas berita trade balance(import & export) dikeluarkan jam 9.30 tadi. Pada masa sekarang, pair AUD/USD berada di harga 0.7486. Ia lebih kukuh daripada yang dijangka sebelum berita dikeluarkan.

Jualan runcit Australia mencatatkan 0.4%, jangakaan 0.3% dan data yang terakhir ialah 0%, manakala Data Trade Balace mencatatkan sebanyak -2.16B, jangkaan -2.9B dan data sebelum ini ialah 3.04B. Dan laporan lain menunjukkan jualan pembinaan perumahan baru melonjak sebanyak 8.9%,meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh 6 tahun.

Walaubagaimanapun, kenaikan berterusan mungkin kelihatan terhad kerana perkhidmatan PMI China menunjukkan kemerosotan, ini boleh menjejaskan AUD/USD kerana China merupakan rakan perdagangan terbesar di Australia.

telegram-moshed

Jadi, AUDUSD kemungkinan akan cuba ke paras harga 0.7500 dan jika break kemungkinan akan ke 0.7567. Sekiranya tidak berjaya untuk break 0.7500, support yang terakhir berada di 0.7447 iaitu harga low candle mingguan. Jika break 0.7447, kemungkinan akan ke area support terakhir iaitu 0.7413.

Share This Post

Lost Password

Register