Harga Bitcoin Mula Melonjak Kembali Sebanyak RM7800 Semalaman

0 874

Harga bitcoin mula pulih kembali dengan mencatat peningkatan sebanyak $2,000 daripada paras terendah hari Selasa.

Harga bitcoin mencapai paras tertinggi hari ini setakat jam 12.20 p.m pada harga $7,900 selepas mengalami kejatuhan sehingga ke paras terendah $5,947.

Hal yang sama juga kepada matawang crypto lain seperti Ethereum, Ripple, Litecoin dan matawang crypto lain.

Harga Ethereum melonjak naik daripada paras terendah $574.42 kepada $732.86 bagi satu unit. Begitu juga dengan matawang crypto Ripple, naik daripada paras harga $0.5 kepada $0.7.

Pada hari Selasa, bursa saham juga mengalami kejatuhan yang besar dalam pasaran apabila indeks Dow Jones jatuh melebih 1000 mata. Indeks S&P 500 dan Nasdaq masing-masing jatuh melebihi 4%.

Matawang crypto bitcoin kini didagangkan pada harga yang dikecapi pada pertengahan bulan November tahun 2017.

Commodity Futures Trading Commision (CFTC), J. Christopher Giancarlo berpendapat mengenai matawang crypto bahawa teknologi itu bertujuan sebagai penyimpan nilai, memudahkan pembayaran yang selamat, dan membolehkan pemindahan aset.

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa