Share This Post

EMAS / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Harga Emas Mendatar, Kebimbangan Berterusan Terhadap Politik Trump Menjadi Penyokong

Harga Emas Mendatar, Kebimbangan Berterusan Terhadap Politik Trump Menjadi Penyokong

Harga emas sedikit jatuh pada sesi Asia hari ini menjelang pertemuan ketua bank pusat di persidangan tahunan Jackson Hole Wyoming minggu ini bagi membincangkan cabaran yang dihadapi oleh bank pusat untuk mencapai keseimbangan ekonomi.

Kontrak emas bagi bulan Disember di Comex New York Mercantile Exchange (NYMEX) jatuh 37 sen atau 0.03% kepada $1,291.23  setakat jam 12.10 tengahhari.

Pada 26 Ogos (Sabtu) minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan mereka kepada ucapan pengerusi bank pusat Eropah (ECB), Mario Draghi di persidangan Jackson Hole berikutan inflasi eropah yang bergerak perlahan walaupun beliau dijangka tidak akan mengulas tentang polisi monetari pada pertemuan tersebut.

Selain itu, data perumahan dan barangan tahan lama turut diberi perhatian bagi melihat kesan-kesannya terhadap polisi Fed seterusnya. Di kawasan zon eropah pula akan mengeluarkan data aktiviti sektor swasta.

Minggu lepas, harga logam berharga jatuh pada hari Jumaat selepas naik ke paras tertinggi 9 bulan yang lalu. Kenaikkan tersebut disebabkan oleh ketidaktentuan politik di US serta serangan pengganas di Barcelona.

Namun begitu, sentimen keyakinan pengguna US yang meningkat diluar jangkaan dan perletakan jawatan Steve Bannon sebagai ketua strategi White House telah memberi kekuatan terhadap dolar.

Kebimbangan yang berterusan terhadap terhadap keupayaan pentadbiran Trump untuk mencapai agenda yang telah dijanjikan dan keraguan terhadap kenaikkan kadar faedah bank pusat US tahun ini dilihat menjadi faktor penyokong terhadap paras harga emas ketika ini.

Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar US. Nilai dolar yang melemah akan meningkatkan permintaan terhadap emas kerana harga semakin murah untuk di beli oleh pemilik matawang asing yang lain.

Harga tembaga pula meningkat 0.34% kepada $2.95 per pound selepas tutup di paras tertinggi sejak November 2014 berikutan pasaran menjangkakan permintaan China yang berterusan akan terus menyokong kenaikan harga logam ini.

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!