Share This Post

EMAS / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Harga Emas Naik Turun, Sentimen Dolar Menguasai Permintaan Terhadap Logam Berharga

Harga Emas Naik Turun, Sentimen Dolar Menguasai Permintaan Terhadap Logam Berharga

Harga emas pada pasaran Asia hari Khamis jatuh berikutan semakin berhati-hati menjelang pertemuan ketua bank-bank pusat di Jackson Hole dua hari lagi bagi membincangkan polisi monetari dunia.

Kontrak emas bagi bulan Disember di bahagian Comex New York Mercantile Exchange (NYMEX) susut 0.07% kepada $1,293.74 setakat jam 12.20 tengahhari selepas naik turun (volatile) pada setiap sesi sepanjang pembukaan pasaran selama empat hari minggu ini.

Para pelabur kekal dalam langkah berjaga-jaga daripada mendedahkan risiko yang besar pada dagangan logam berharga menjelang ucapan daripada Mario Draghi, Presiden ECB dan Janet Yallen, pengerusi Fed dalam persidangan nanti.

Perhatian diberikan bagi mencari petunjuk baru tentang kenaikan kadar faedah di US tahun ini dan bagaimana usaha bank-bank pusat secara menyeluruh bagi mengatasi masalah pada ransangan ekonomi, terutamanya daripada pihak bank pusat Eropah.

Penganalisis daripada Deutsche Bank berkata, “Ya, kadar Fed mungkin dinaikkan pada Disember, dan ya ECB mungkin akan mengumumkan pengurangan (taper) seterusnya pada Oktober 2018, namun berdasarkan keadaan ekonomi semasa (inflasi dan sentimen pasaran yang lemah, dan Euro yang semakin menguat untuk ECB) menunjukkan sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk mereka mengambil keputusan untuk mengawal pasaran ke arah matlamat tersebut.”

Semalam emas melonjak berikutan ketidaktentuan politik muncul semula selepas Donald Trump mengancaman untuk membubarkan kerajaan jika tidak menerima dana untuk membina tembok sempadan US-Mexico, sekaligus meningkatkan kebimbangan para pelabur tentang keadaan politik yang boleh mengakibatkan penangguhan terhadap pengenalan pembaharuan cukainya.

“Jika kami perlu tutup kerajaan ini, kami sedang membina tembok tersebut”, kata Presiden Trump. “Kami akan bina tembok sempadan. Rakyat Amerika telah mengundi untuk mengawal imigresen. Kami akan dapatkan tembok tersebut”.

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!