Share This Post

EMAS / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Harga Emas Naik Turun Sepanjang Sesi Pasaran Hari Ini

Harga Emas Naik Turun Sepanjang Sesi Pasaran Hari Ini

Harga emas bertukar rendah pada Rabu berikutan sebahagian pelabur mula mengambil keuntungan daripada kenaikan logam berharga yang telah mencecah paras tertinggi 10 bulan yang lalu pada sesi yang lepas, dan ketengangan antara US dan Korea Utara juga telah reda.

Kontrak emas di Comex jatuh $2.46 atau 0.19% kepada $1,315.43 per ounce setakat jam 5.17 petang.

Permintaan terhadap safe haven menguat pada hari Selasa selepas Korea Utara melepaskan peluru berpandunya melepasi kawasan perairan utara Jepun, sebagai salah satu tindakan provokasi oleh Pyongyang.

Perlepasan ujian peluru berpandu tersebut menyebabkan US, Jepun dan Korea Selatan meminta untuk diadakan mesyuarat  Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations)

Walau bagaimanapun, sentimen terhadap risiko di wilayah Korea kembali pulih selepas Presiden Trump tidak memberi reaksi yang agresif terhadap pencerobohan Korea Utara seperti yang beliau lakukan sebelum ini. Hal ini mungkin disebabkan oleh tumpuan Trump ketika ini terhadap taufan Harvey yang melanda Texas. Namun begitu, Trump masih memberi amaran dengan menyatakan “semua pilihan sudah berada di atas meja”.

Kesan ketengan geopolitik yang semakin lemah, juga meningkatkan nilai dolar semalam, dengan tumpuan para pelabur beralih kepada laporan data NFP dan KDNK suku tahun kedua minggu ini.

Indeks dolar US yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain meningkat 0.14% kepada 92.40, melonjak jauh selepas jatuh ke paras 91.55 semalam, paras terendah dua tahun setengah yang lalu.

Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar US. Nilai dolar yang menguat akan mengurangkan permintaan terhadap emas kerana harga semakin tinggi untuk di beli oleh pemilik matawang asing yang lain.

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!