Harga Emas Terus Jatuh Dalam Sesi Dagangan Eropah

0 59

Harga emas terus menyusut dalam sesi dagangan eropah pada hari Selasa berikutan pelabur tumpuan pada rundingan komunikasi Bank Pusat yang akan dikelolakan oleh ECB. Barisan pengacara terdiri daripada ketua bank bank pusat Eropah, US, UK dan Jepun dan rundingan itu dijangka akan memberi indikasi terhadap perlaksanaan monetari polisi pada masa akan datang.

Mario Draghi ( pengerusi bank pusat Eropah), Janet Yellen ( pengerusi the Fed), Mark Carney (pengerusi bank pusat England) dan Haruhiko Kuroda ( gabenor bank pusat Jepun) dijangka akan bersidang sebagai barisan panel pada hari Selasa.

Selain itu pasaran juga memberi tumpuan pada kemajuan ekonomi di US dan sebahagian  pelabur sangsi terhadap pergerakan inflasi pada masa akan datang.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh sebanyak 0.49% kepada $1,276.68 per auns setakat jam 05.00 petang.

Pada hari Isnin, harga emas didagangkan tinggi berikutan kekhuatiran pelabur terhadap kemajuan perlaksanaan reformasi cukai.

Ahli The House dijangka akan mengundi berkenaan perlaksanaan reformasi cukai. Dalam masa yang sama, pengerusi The House membuat kenyataan pada hari Ahad bahawa beliau tidak akan menerima sebarang keputusan penghapusan potongan cukai.

Ketidakpastian terhadap pelan cukai tersebut telah memberi kesan terhadap penyusutan matawang US dolar dan mendorong peningkatan harga emas.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi. Manakala peningkatan kadar faedah U.S, meningkatkan kos lepas memegang emas.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa