728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Harga “Komoditi Hitam” Ini Masih Terumbang Ambing Tanpa Hala Tuju Yang Jelas

Harga “Komoditi Hitam” Ini Masih Terumbang Ambing Tanpa Hala Tuju Yang Jelas

Harga minyak pada permulaan dagangan bulan Ogos menurun sedikit selepas beberapa laporan penurunan harga dikeluarkan. Selain itu, faktor yang turut mendorong kepada penurunan minyak mentah ini ialah :

  1. Laporan peningkatan pengeluaran oleh OPEC
  2. Peningkatan jumlah penggerudian minyak Amerika Syarikat
  3. Data pertumbuhan yang lemah dari Asia

Sementara itu, minyak Brent bagi niaga hadapan dijual pada $ 43.72 setong.

WTI futures pula meningkat 16 sen dari harga penutup bulan Julai

telegram-moshed

“Harga minyak semakin meningkat, namun masih terdedah kepada kebimbangan yang berlebihan,” kata Bank ANZ. Namun, peniaga-peniaga mula menunjukkan kemasukan tempahan baru bermula bulan Ogos.

Lebihan pengeluaran minyak mentah dan produk tapisan adalah faktor utama yang mengundang kejatuhan harga minyak mentah.

Singapore Exchange (SGX) berkata “Crude build di Amerika Syarikat dan penerusan operasi di Kanada dan Nigeria adalah satu detik yang tegang untuk proses pengimbangan semula pasaran minyak,” kata Bursa Singapura (SGX).

Menjawab mengenai isu ini, pengeksport utama Arab Saudi pada hari Ahad mengurangkan harga minyak mentah bulan September untuk pelanggan di Asia kepada $ 1.30 setong.

Ini merupakan pemotongan terbesar dalam tempoh hampir setahun berikutan jangkaan penurunan permintaan pada bulan Oktober kira-kira 1 juta tong sehari.

Jumlah pengeluaran dari Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada bulan Julai mencecah nilai tertinggi dalam sejarah iaitu 33.41 juta tong sehari.

Di Libya, syarikat minyak negara itu menyambut baik pembukaan semula pelabuhan minyak, menurut perjanjian antara PBB dan disokong oleh pasukan bersenjata. Mereka juga berkata, pembukaan semula ini bakal memulihkan semula eksport yang terganggu sebelum ini. Negara ini juga menjangkakan peningkatan eksport kepada 900,000 tong sehari menjelang akhir tahun.

Di Amerika Syarikat, drillers pada minggu lalu berkata, peningkatan jumlah pelantar minyak ini merupakan kenaikan terbesar dalam tempoh 2 tahun. Peningkatan ini telah menyaksikan tambahan 3 buah pelantar kepada 374 buah.

Kebimbangan terhadap ekonomi semakin menebal berikutan bekalan minyak yang berlebihan.

Menurut kaji selidik yang dijalankan pada hari Isnin, aktiviti perkilangan di Jepun mencatat penyusutan pada bulan Julai. Selain itu, tempahan eksport juga merosot dalam tempoh 3 setengah tahun.

Di Korea Selatan, nilai eksport bulan Julai jatuh dalam kadar terpantas dalam tempoh 3 bulan. Nilai ini jauh lebih buruk dari jangkaan awal.

Nilai eksport minyak mentah pada bulan Julai jatuh 5.8% daripada tahun lalu kepada 88 juta tong. Bagaimanapun, data rasmi bakal dikeluarkan pada hari Isnin.

 

Bagi semua peminat emas, sudahkah anda membaca update mengenai logam berharga itu hari ini? Jika belum, baca artikel ini sekarang!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register