Share This Post

Forex dan Komoditi / Terkini

Harga Minyak Jatuh Menjelang Laporan Bekalan EIA Malam Ini

Harga Minyak Jatuh Menjelang Laporan Bekalan EIA Malam Ini

Harga minyak sedikit jatuh pada sesi Asia hari Khamis selepas anggaran bekalan industri minyak US menunjukkan lebihan pada minggu lalu, dan para pelabur menantikan bacaan rasmi pada malam ini.

Pasaran hadapan minyak di New York Mercantile Exchange (NYMEX) bagi bulan November susut 0.49% kepada $51.05, manakala minyak Brent di London Intercontinental Exchange (ICE) jatuh 0.56% kepada $56.62 per tong pada jam 11.15 pagi.

Berdasarakan laporan API semalam, bekalan minyak mentah US meningkat kepada 3.097 juta tong pada minggu lepas. Bekalan gasoline pula susut 1.575 juta tong, dan minyak sulingan jatuh 2.029 juta tong.

Data rasmi daripada Energy Information Administration (EIA) akan dikeluarkan sehari selepas data anggaran API dan kebiasaannya angka kedua-dua organisasi ini akan menunjukkan perbezaan.

Sentimen pasaran minyak secara keseluruhannya masih positif selepas OPEC mengeluarkan kenyataan melihat peningkatan pada permintaan minyak global pada tahun 2018, menyokong pengimbangan semula pasaran dengan pengurangan bekalan melalui permintaan yang tinggi.

Dalam laporan bulanan, OPEC mengatakan pasaran akan terus stabil dengan jangkaan permintaan minyak akan meningkat sekitar 30,000 tong sehari pada tahun ini dan tahun hadapan.

Walau bagaimanapun, jangkaan tersebut sedikit dihalang oleh pengeluaran OPEC yang naik kepada 90,000 tong sehari, menambahkan kebimbangan terhadap kadar pematuhan syarat perjanjian pemotongan minyak mereka sebanyak 1.8 juta tong sehari.

Selain itu, EIA turut menaikkan jangkaan harga minyak mentah WTI untuk tahun 2018 kepada $50.57, naik 2 peratus berbanding pandangan sebelum ini. Namun mereka turut menjangkakan peningkatkan pada pengeluaran domestik sebanyak 0.8% kepada 9.29 juta tong sehari.

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!