Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Sesi Eropah

Harga Minyak Kekal Pulih Di Pasaran Eropah.

Harga Minyak Kekal Pulih Di Pasaran Eropah.

Pasaran minyak pulih pada sesi Eropah berikutan bekalan minyak masih dalam proses pengetatan secara beransur-ansur walaupun ekuiti seluruh pasaran telah di jual secara besar-besaran.

Harga Minyak West Texas Intermediate (WTI) meningkat 14 sen kepada $47.23 setakat jam 6.45 petang.

Minyak brent yang menjadi ukuran harga pasaran dunia pula meningkat 11 sen atau 0.22% kepada $51.13

Pasaran minyak ditekan selepas penjualan ekuititi meningkat termasuk stok US dan Asia dimana para pelabur semakin risau dengan kontrevasi-kontrevasi yang melanda Donald Trump sepanjang perlaksanaan agenda ekonominya.

Pasaran melemah kerana para pelabur menjangkakan pengeluaran minyak akan kekal tinggi berbanding permintaan walaupun pengeluar-pengeluar minyak berusaha untuk mengurangkannya. OPEC dan non-OPEC seperti Rusia sama-sama berjanji untuk hadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari bermual Januari tahun ini hingga Mac 2018.

U.S Investment Bank, Jefferies berkata, “Setimen pasaran minyak masih lemah”.

Harga minyak susut 3 hari berturut-turut sejak awal pembukaan harga minggu ini walaupun pasaran mengetat (tightening).

Walau bagaimanapun, tanda pengetatan bekalan minyak di US sangat jelas menolak kembali harga minyak ke atas. Pengeluaran minyak US meningkat 13% sejak pertengahan tahun 2016 kepada 9.5 juta tong sehari, namun begitu bekalan minyak komersial jatuh 13% berbanding rekod bulan Mac ke paras terendah 2016.

 

 

Bahagian permintaan pula, pesanan minyak mentah di kawasan Asia meningkat dan dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun kedua.

Di tambah pula dengan pembukaan kilang penapisan yang baru di Yunnan dan perkembangan kilang proses minyak di Huizhou, minyak import di China dijangka akan meningkat.

“Kami menjangkakan minyak import di China akan meningkat kepada 700 ribu tong sehari (tahun-tahun) pada pertengahan tahun kedua”, kata perunding tenaga FGE.

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!