Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi

Harga Minyak Mentah Global Menjunam 4% Pada Isnin

Harga Minyak Mentah Global Menjunam 4% Pada Isnin

Harga minyak mentah dunia menjunam hampir 4% dalam sesi dagangan Isnin berikutan pengeluaran tertinggi dari Iraq. Iraq yang merupakan pengeluar kedua terbesar OPEC merekodkan jumlah eksport sehingga 3.53 juta tong bulan lepas.

Walaubagaimanapun, menteri minyak Iraq mengatakan rekod tertinggi pengeluaran dari Selatan Basrah itu tidak akan mengganggu pemotongan keluaran. Tetapi pedagang dilihat bimbang dengan rekod tertinggi keluaran pada bulan terakhir 2016 dengan Rusia juga sebelum ini merekodkan pengeluaran tertinggi bulan lalu.

Tambahan lagi, peningkatan eksport dari Iran memburukkan lagi keadaan dengan penjualan 13 juta tong minyak mentah yang menunjukkan keputusan bijak oleh Iran.

Harga minyak mentah WTI jatuh dari paras tertinggi Isnin $53.83 ke paras $51.76 setong. Manakala minyak Brent (Brent-oil) jatuh dari paras $57.00 ke paras $54.74 setong.

Dalam laporan terbaru Baker Hughes sebelum ini juga menunjukkan peningkatan dalam jumlah pelantar kepada 529 dari 525 sebelum ini. Ini merupakan peningkatan 10 minggu berturut-turut dan yang tertinggi dalam masa 12 bulan. Peningkatan dalam laporan Baker Hughes ini mengekalkan jangkaan peningkatan pengeluaran minyak dari US yang sedikit memburukkan sentimen pasaran minyak global ketika ini.

Walaupun begitu, dalam jangka pendek, harga minyak mentah dijangka akan terus disokong oleh perjanjian pemotongan pengeluaran dari pengeluar terbesar seperti Rusia dan Arab Saudi. Rusia yang merupakan pengeluar terbesar dari ahli bukan-OPEC mengurangkan pengeluaran minyaknya sebanyak 100,000 sehari pada minggu pertama 2017.

Dalam sesi dagangan hari ini komoditi ini didagangkan stabil, selepas jatuh mendadak dalam sesi semalam. Ketika ini minyak WTI didagangkan pada harga $52.15 setong. Manakala minyak Brent (Brent-oil) berada di paras $55.11.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal