banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Harga Minyak Mentah Sangat Meruncingkan Dan DS Najib Sedang Mengambil Langkah Yang Perlu

Harga Minyak Mentah Sangat Meruncingkan Dan DS Najib Sedang Mengambil Langkah Yang Perlu

Ekonomi dan pasaran kewangan Malaysia banyak bergantung kepada minyak dan kejatuhan harga minyak pada 2014 telah menyebabkan kerugian yang tidak terkata.

Kejatuhan sebanyak 57% bagi minyak mentah memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk merendahkan jangkaan pertumbuhan ekonomi kerajaan selama dua tahun berturut-turut.

Matawang Malaysia didapati bergerak seiring dengan harga minyak juga. Kita boleh lihat apabila harga minyak mentah diniagakan pada $1000 setong dan ringgit juga berada pada kedudukan $.3.1420. Sebaliknya pula berlaku apabila harga minyak turun sehingga $30 setong dan matawang ringgit berada pada kedudukan 3 bulan rendah iaitu pada $4.4285.

Mungkin kita tertanya-tanya, adakah kesan harga minyak mentah dan matawang Ringgit Malaysia begitu penting sebenarnya?

  1. Malaysia sahaja pengeksport minyak di antara ekonomi utama Asia dan Malaysia juga adalah pengeksport gas cecair kedua terbesar dunia.
  2. 1/5 daripada GDP Malaysia adalah daripada industri tenaga dan 14% dari jumlah eksport Malaysia adalah minyak mentah, gas cecair serta produk petroleum.
  3. Jika kita lihat, memang Malaysia amat bergantung kepada sektor minyak dan gas dan jika harga minyak masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk kembali pulih, dikhuatiri Malaysia akan berhadapan dengan masalah seperti yang berlaku pada 2 tahun lepas.

Paling menakutkan adalah pengeluaran minyak mentah akan merudum sebanyak 635,000 setong setiap hari menjelang 2014 mengikut kajian BMI oleh Fitch Group.

Bagi menangani masalah ini, Malaysia akan memberi nafas baru kepada oil field sedia ada, membangunkan oil field yang lain serta mempertingkatkan aktiviti penerokaan.

Selain itu, Perdana Menteri Najib juga baru sahaja melaksanakan GST pada tahun lepas yang dijangka akan memberi pendapatan sebanyak RM39 bilion kepada negara dan juga menaikkan cukai kepada ke atas golongan di Malaysia yang berpendapatan tinggi.

Mahu menambah pendapatan? Klik di sini untuk maklumat lanjut

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register