Share This Post

Forex dan Komoditi / Terkini

Harga Minyak Terus Mencatat Kejatuhan Dalam Sesi Dagangan Eropah

Harga Minyak Terus Mencatat Kejatuhan Dalam Sesi Dagangan Eropah

Harga minyak terus didagangkan redah dalam sesi dangangan eropah pada hari Selasa tumpuan pasaran pada laporan sasaran inventori mingguan minyak U.S dan data permintaan dan penawaran bulanan. Data ini sebagai indikasi untuk mengukur permintaan pasaran minyak global.

Laporan mingguan inventori minyak mentah dan hasil sulingan dijangka akan dikeluarkan oleh American Petroleum Institute (API) pada hari Selasa. Data rasmi laporan minyak oleh Energy Information Administration (EIA) akan dikeluarkan pada hari Rabu. Pasaran menjangkakan inventori minyak akan mencatat kejatuhan 2.8 juta tong.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.23% kepada $56.62 setakat jam 5.55 petang. Harga semasa masih bergerak di atas paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London kini berada di sekitar $63.10 setong iaitu jatuh sebanyak 0.09% setakat jam 5.55 petang. Harga ini masih menghampiri bacaan harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.

Pada hari Isnin, harga minyak mengalami turun naik dan bercampur disebabkan peningkatan pengeluaran minyak U.S dan usaha OPEC untuk mengurangkan pengeluaran minyak.

Berdasarkan laporan oleh kerjaan U.S semalam, pengeluaran minyak syal dijangka akan meningkat 80,000 tong setiap hari pada bulan Disember.

Walaupun dengan sentimen pasaran terhadap peningkatan pengeluaran minyak syal, harga minyak mentah masih berada di atas paras tertinggi 2 tahun lalu.

OPEC dan non-OPEC juga dijangka akan memutuskan pelanjutan pemotongan pada 30 November dalam usaha untuk menolak harga ke paras yang lebih stabil.

Berdasarkan lapoan OPEC semalam, OPEC menaikkan ramalannya terhadap permintaan minyak mentah untuk tahun 2018 dan mengatakan perjanjian pengurangan bekalan oleh pengeluar telah mengurangkan simpanan minyak yang berpotensi mengurangkan lagi bekalan minyak mentah tahun hadapan.

OPEC juga menyatakan dunia mungkin memerlukan 33.42 juta tong minyak mentah sehari tahun depan, bertambah 360,000 berbanding unjuran sebelum ini. Ini juga adalah kenaikan unjuran permintaan global keempat unjuran berturut-turut sejak Julai.

 

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!