Share This Post

Forex dan Komoditi

Harga Minyak Turun, Bekalan Terlebih Dalam OPEC

harga-minyak-dunia-2014

Minyak mentah jatuh ke paras rendah baru kepada perdagangan dalam lingkungan $90 setelah pedagang menukar trend selepas laporan inventori EIA pada Rabu. Minyak mentah diniagakan pada 90.84 pagi ini. Harga minyak dunia turun pada hari Rabu dan menghampiri harga terendah dan terburuk dalam tempoh 2-tahun. Pelabur juga bimbang berita kes Ebola disahkan di Amerika Syarikat boleh menjejaskan perjalanan global.

Institut Petroleum Amerika pada Selasa berkata inventori minyak minggu lepas turun 463,000 tong, stok petrol menurun 2.5 juta tong dan stok sulingan jatuh 1.8 juta tong. Inventori EIA rasmi menunjukkan bahawa stok simpanan minyak mentah di Amerika Syarikat menurun sebanyak 1.36 juta tong kepada 356.6 juta pada minggu berakhir 26 September. Pengimbangan laporan EIA itu adalah kenyataan Arab Saudi mengurangkan harga jualan rasmi November hadapan dan jualan minyak mentah ke Asia. Brent mentah jatuh sebanyak 0.5 peratus kepada $ 94.16. ‘Spread’ antara kedua-dua minyak mengecil kepada $3.29 yang terus menekankan pasaran.

Dari sudut lain pula terdapat banyak teori mengapa minyak berkelakuan begini. Salah satunya adalah kemungkinan bahawa ekonomi dunia perlahan, dengan kelemahan dilihat dalam kedua-dua rantau China dan Eropah (diburukkan lagi dengan keadaan di Rusia). Terdapat juga bukti bahawa bekalan adalah lebih besar dalam OPEC dari yang difikirkan. Dan kemudian ada juga sentimen umum yang kita lihat di pasaran sejak kebelakangan ini, dengan orang mula menjual saham dan membeli dolar (dan dalam ekuiti fakta di seluruh dunia adalah lebih rendah lagi hari ini).

Komoditi lain juga turut terjejas.

Share This Post

Founder Moshed.com – Berpengalaman 11 tahun dalam bidang Financial Market. Portfolio beliau merangkumi Forex, CFD, Komoditi, Indeks, Saham dan juga Bitcoin (Crypto). Perkongsian beliau dalam Buku Rahsia Jutawan Forex dari Rumah dan Buku Analisis Fundamental untuk Forex Trader sudah membantu ramai orang berjaya dalam bidang ini.

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!