Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Terkini

Harga Obamacare Mungkin Melonjak 2 Kali Ganda Tahun Depan

Harga Obamacare Mungkin Melonjak 2 Kali Ganda Tahun Depan

Presiden Trump akan menandatangani satu arahan eksekutif hari ini dengan tujuan untuk memberi peraturan baru dalam insuran kesihatan setelah beliau gagal memansuhkan ObamaCare di parlimen.

Arahan ini akan memudahkan peniaga-peniaga kecil untuk bersama-sama bersepakat membeli insuran kesihatan, yang juga dikenali sebagai pelan kesihatan berpersatuan, dan akan mengangkat had tempoh insuran kesihatan jangka masa pendek Obama.

Hal ini akan diserap dan menjadi rujukan kepada Jabatan Buruh untuk memperbaharui peraturan bagi membenarkan majikan kecil di dalam negeri yang sama atau jenis perniagaan yang sama untuk bersepakat membuat pelan kesihatan.

Walau bagaimanapun, arahan ini dilihat akan mendapat bantahan berikutan ahli-ahli Demokrat bimbang peratuaran ini akan menjejaskan kestabilan pasaran ObamaCare kerana rakyat yang lebih sihat akan lebih tertarik dengan tawaran insuran yang lebih murah dengan pelan perlindungan yang berbeza. Keadaan ini akan menyebabkan hanya mereka yang sakit kekal di dalam pelan ObamaCare sekali gus meningkatkan harga premium lebih tinggi.

Pegawai pentadbiran Trump tidak menjelaskan jika individu juga terlibat dalam pelan persatuan kesihatan, namun hanya merujuk kepada peniaga-peniaga kecil. Oleh itu, kenyataan bahawa individu juga layak untuk bersama-sama dalam pelan persatuan kesihatan kekal sebagai satu spekulasi.

Selain itu, arahan ini juga akan memaksa had tempoh insuran kesihatan jangka masa pendek (3 bulan) ObamaCare dipanjangkan sekurang-kurangya 12 bulan jika diperbaharui. Perubahan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada kestabilan pasaran ObamaCare.

Arahan ini juga akan memberi kelebihan kepada rakyat untuk menggunakan akaun faedah cukai yang juga dikenali sebagai Akaun Pembayaran Bali Kesihatan untuk membayar premium mereka.

Senator Rand Paul telah bekerjasama dengan Trump membentuk arahan eksekutif ini sejak beberapa bulan yang lalu dan menegaskan pemberian kebebasan kepada peniaga kecil untuk bersepakat membeli insuran memberi mereka kelebihan untuk mendapatkan premium yang lebih murah. Paul dijangka akan menghadiri pengumuman tersebut di White House pada malam ini.

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!