Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi

Harga Pengeluar Amerika Syarikat Kurang Daripada Jangkaan

Harga Pengeluar Amerika Syarikat Kurang Daripada Jangkaan

Harga pengeluar (producer price index, ppi) Amerika Syarikat menunjukkan bacaan kurang daripada jangkaan pada Ogos. Walaupun data harga pengeluar ini meningkat daripada bacaan sebelum ini, tetapi ia rendah daripada jangkaan kenaikan 0.3%.

Harga pengeluar naik 0.2% pada Ogos kurang daripada jangkaan 0.3% tetapi meningkat daripada kemerosotan 0.1% pada Julai.

Bagi core-ppi (harga pengeluar teras) pula sama meningkat daripada data sebelum ini, tetapi kurang daripada jangkaan kenaikan 0.2%.

Dari segi tahun ke tahun (y/y) harga pengeluar (PPI) meningkat 2.4% pada Ogos, sedikit kurang daripada jangkaan 2.5% tetapi lebih tinggi daripada sebelum ini 1.9%.

Harga teras dilihat sebagai petunjuk yang lebih baik oleh Federal Reserve dalam jangka masa panjang kerana pengiraannya tidak mengambil kira harga barangan yang volatile (turun-naik) seperti makanan dan tenaga. Selian itu, apabila pengeluar membayar harga yang lebih mahal untuk barangan input, mereka biasanya akan mengenakan harga yang tinggi juga kepada pengguna.

Selepas data ini dikeluarkan, tidak banyak bukti yang dilihat dalam tekanan inflasi, dan tren dinilai sebagai masih terhalang. Harga pengguna (CPI) akan menjadi perhatian pada Khamis.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!