Harga Pengeluar Merosot Buat Kali Pertama Sejak Ogos 2016, Tuntutan Pengangguran AS Bertambah

0 342

Harga pengeluar Amerika Syarikat jatuh buat pertama kali pada Disember sejak satu setengah tahu yang lalu berikutan kemerosotan dalam kos perkhidmatan.

Indeks harga pengeluar (Producer Price Index, PPI) susut 0.1% bulan lalu yang merupakan kejatuhan pertama data tersebut sejak Ogos 2016. Dari segi tahunan, PPI naik 2.6% selepas merekod kenaikan 3.1% pada November. Jangkaan untuk data kali ini adalah kenaikan 0.2% pada Disember dengan jangkaan tahunan 3.0%.

PPI secara keseluruhannya pada 2017 merekod kenaikan 2.6% berbanding tahun 2016 hanya 1.7%. Manakala bacaan PPI yang tidak mengambil kira harga makanan, tenaga dan perkhidmatan naik 0.1% bulan lalu.

Tuntutan Pengangguran (Jobless Claims)

Jabatan Buruh AS melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) pada minggu lepas bertambah dari bacaan sebelum ini dan melebihi jangkaan pasaran

Jumlah individu yang membuat tuntutan faedah/insurans pengangguran pada minggu lepas bagi minggu berakhir pada 6 Januari bertambah kepada 261,000.

Penganalisis menjangkakan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran berkurangan kepada 246,000 dari bacaan 250,000 sebelum itu.

Minggu lalu juga adalah minggu ke-149 tuntutan pengangguran berada di bawah 300,000 yang mana menunjukkan kukuhnya pasaran pekerjaan Amerika Syarikat.

Jumlah penganggur yang terus mendapat faedah pengangguran berkurangan ke paras 1.91 juta merosot sebanyak 5,500.

 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa