Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi / Terkini

Harga Pengeluar PPI Amerika Syarikat 0.4% Melebihi Jangkaan Pasaran

Harga Pengeluar PPI Amerika Syarikat 0.4% Melebihi Jangkaan Pasaran

Inflasi harga pengeluar US dan bacaan teras (Core-PPI) meningkat lebih daripada jangkaan pada Oktober. Jangkaan pasaran adalah bacaan yang lebih rendah daripada sebelum ini. Oleh itu, bacaan data hari ini adalah satu perkara yang mengejutkan.

Dalam laporan data yang dikeluarkan pukul 9.30 malam pada Selasa, harga pengeluar (Producer Price Index, PPI) meningkat 0.4% bulan lalu melebihi jangkaan kenaikan 0.1%. Catatan bulan lalu adalah sama dengan bacaan pada bulan sebelum itu.

Dari segi bacaan tahunan (y/y), harga pengeluar meningkat 2.8% pada Oktober berbanding jangkaan kenaikan 2.4%. Untuk rekod, bacaan pada September naik 2.6%.

Harga pengeluar teras (Core-PPI) yang tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga turut meningkat 0.4% pada Oktober melebihi jangkaan 0.2%.

Dari segi tahunan (y/y) data ini meningkat pada kadar tahunan 2.4% pada Oktober, melebihi jangkaan 2.3% dan kenaikan pada September 2.2%.

Harga teras (Core) dilihat sebagai bacaan petunjuk yang lebih baik dari segi jangka panjang untuk melihat tekanan inflasi. Ini adalah kerana ia tidak mengambil kira harga barangan yang volatile (mudah berubah) seperti makanan.

Selain itu, apa yang perlu diingat adalah apabila pengeluar membayar harga yang lebih tinggi untuk mengeluarkan barang, biasanya mereka juga akan mengenakan harga lebih tinggi kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!