Harga Pengeluar PPI Amerika Syarikat Naik 0.30%

0 417

Harga pengeluar (PPI) di Amerika Syarikat meningkat pada bulan Jun berdasarkan data yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam hari Rabu. Tidak banyak kesan signifikan kepada US dollar selepas data tersebut.

Jabatan Buruh yang mengeluarkan data ini melaporkan kenaikan 0.30% pada bulan lalu dengan bacaan tahunan meningkat ke paras 3.2%. Bacaan kali ini lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis yang hanya menjangka kenaikan 0.20%.

Manakala bacaan teras (Core-PPI) pula meningkat 0.20% pada bulan lalu dengan bacaan tahunan naik sebanyak 2.6%. Bacaan Core-PPI dianggap sebagai bacaan yang lebih tepat kerana ia tidak mengambil kira perubahan harga makanan dan produk tenaga.

Bacaan ini dilihat sebagai petunjuk kepada bacaan harga pengguna (CPI) yang akan dikeluarkan pada Khamis. The Federal Reserve (bank pusat Amerika) juga meneliti bacaan PPI kerana harga yang ditetapkan oleh pengeluar akan memberi kesan kepada harga pengguna.

Oleh itu, kita boleh mengambil kira bacaan PPI ini untuk menganalisis bacaan CPI yang dikeluarkan pada Khamis. Namun, kita tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan data ini sahaja untuk menilai bacaan CPI, kerana rekod sebelum ini juga pernah mencatatkan bacaan yang tidak sejajar antara CPI dan PPI.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa