Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi / Terkini

Harga Pengeluar US Naik Melebihi Jangkaan Pasaran

Harga Pengeluar US Naik Melebihi Jangkaan Pasaran

Harga pengeluar (PPI) U.S meningkat bagi bulan September berikutan harga tenaga (minyak, gas) yang menunjukkan peningkatan yang besar dalam tempoh melebihi 2 tahun.

Walaupun badai yang menimpa telah memberi kesan kepada data, namun terdapat indikasi bahawa harga pengeluar dan pasaran buruh semakin mengukuh. Hal ini, membolehkan Fed untuk meningkatkan kadar faedah sekali lagi pada bulan Disember.

Menurut Jabatan Buruh, Indeks harga pengeluar bagi permintaan terakhir meningkat sebanyak 0.4% pada bulan lepas berbanding kenaikan sebanyak 0.2% pada bulan Ogos. Harga jualan borong juga meningkat disebabkan peningkatan kos perkhidmatan. Dalam tempoh 12 bulan sehingga bulan September (data tahunan), PPI meningkat 2.6%. Peningkatan ini merupakan peningkatan tertinggi sejak Februari 2012 dan diikuti dengan peningkatan 2.4% pada bulan Ogos.

Harga borong gasolin meningkat 10.5% pada bulan September selepas meningkat 9.5% pada bulan Ogos. Peningkatan ini merupakan peningkatan tertinggi sejak Mei 2015 dan mewakili 2/3 iaitu 0.7% peningkatan harga barangan. Menurut Jabatan Buruh, peningkatan harga minyak (energy prices) didorong oleh pengurangan kapasiti penapisan di sekitar Gulf Coast berikutan badai Harvey.

Berdasarkan laporan, badai Harvey dan Irma merosakkan beberapa kawasan di Florida, secara asas tidak memberi impak terhadap kaji selidik PPI. Badai tersebut yang melanda pada akhir bulan Ogos dan awal bulan September, telah menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan.

Selain itu, badai tersebut juga telah mengurangkan perbelanjaan pengguna dan pengeluaran industri, pembuatan rumah dan jualan rumah.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!