Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi / Forex dan Komoditi / Sesi New York / US Dolar

Harga Pengguna (CPI) US Meleset Dari Jangkaan, US Dolar Menjunam

Harga Pengguna (CPI) US Meleset Dari Jangkaan, US Dolar Menjunam

Harga pengguna (CPI) US tidak berubah pada Jun tetapi meleset daripada jangkaan pasaran 0.1% di mana dari segi tahun ke tahun susut kepada 1.6% daripada 1.9% dan jangkaan 1.7%.

Manakala Core-CPI atau inflasi teras pada Jun pula meningkat 0.1% berbanding jangkaan kenaikan 0.2% di mana dalam tempoh 12 bulan sehingga Jun tidak berubah daripada 1.7% yang sejajar dengan jangkaan.

Apabila melihat kepada komponen dalam harga pengguna ini, harga makanan tidak berubah pada tempoh sama, di mana harga tenaga jatuh 1.6%. Terdapat juga kejatuhan dalam harga perkhidmatan tenaga.

Harga bagi kenderaan baru juga merekod kejatuhan lima bulan berturut-turut dengan harga pakaian jatuh empat bulan berturut-turut dengan merekod kenaikan tahunan 0.7%.

Federal Reserve dalam kenyataanya baru-baru ini menunjukkan ketidaktentuan dalam keadaan ekonomi khususnya inflasi dengan kejatuhan sejak beberapa bulan lalu. Walaupun kelemahan data baru-baru ini dikatakan sebagai sebab daripada faktor sementara, tetapi keraguan semakin meningkat sama ada ia oleh faktor sementara atau sebaliknya.

Yellen walaubagaimanapun menjangka inflasi akan meningkat dalam jangka masa sederhana.

Data terbaru inflasi US ini sudah tentu akan mengurangkan jangkaan kenaikan kadar faedah The Fed tahun ini, walaupun hanya satu lagi kenaikan mengikut perancangan bank pusat.

US dolar terus menjunam selepas data ini dikeluarkan dengan keraguan terhadap bank pusat sama ada dapat mencapai sasaran inflasi atau sebaliknya dan seterusnya meneruskan perancangan normalisasi di masa hadapan.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!